Friday 28 February 2014

Kahwin...

Kahwin... ramai yg kahwin. Kawan2 pn ramai yg dh nak kahwin... Bila ckp pasal kahwin ni, sape yg taknak kahwin kan... Umur pn dah meningkat.. Lebih menakutkan, lam usia sekarang ni still tak ada lg pasangan.. sigh.

Tapi... kalau difikir fikir balik, bersediakah kita ni nak kahwin? Kalau tanya saya, memang saya nak kahwin tp saya rasa belum bersedia. Kahwin ni bkn boleh dibuat main2. Banyak persediaan perlu dibuat.

Bagi saya, sudah tentu saya nak pasangan yg terbaik yg boleh membimbing saya ke syurga. Tapi, kalau saya fikir balik, saya masih tak layak utk bersama dgn seorang yg baik. Pendek kata saya belum cukup baik. Andai saya ditakdirkan bertemu jodoh suatu masa nanti, saya tak mahu menjadi beban kpd suami. Saya tidak mahu menjadi sebab si suami ke neraka. Nauzubillah. Mintak dijauhkan.

Oleh itu, saya mahu menjadi baik terlebih dahulu.. Janji Allah itu pasti. Orang baik hanya utk orang baik, begitu juga sebaliknya... Jodoh itu rahsia Allah. lnsyaAllah Allah akn berikan yg terbaik buat kita.. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan utk bertemu jodoh ^^